Malaysia Dateline

Cikgu dulu, cikgu sekarang

Cikgu dulu, datangnya tepat baliknya cepat,
Cikgu sekarang, datangnya cepat baliknya lambat.

Cikgu dulu, muridnya salam cikgu yang jawab,
Cikgu sekarang, cikgu yang salam muridnya senyap.

Cikgu dulu, mak bapak angguk murid menunduk,
Cikgu sekarang, mak bapak beduk, murid memberuk.

Cikgu dulu, mengajar santai, muridnya pandai.
Cikgu sekarang, mengajar berbagai, murid melalai.

Cikgu dulu, mengajar banyak, mesyuarat sedikit,
Cikgu sekarang, mengajar banyak, mesyuarat membukit.

Cikgu dulu, masuk politik diangkat memimpin,
Cikgu sekarang, kerana politik dilanyak pemimpin.

Cikgu dulu, terima kasih cikgu,
Cikgu sekarang, terima padah cikgu.

Cikgu dulu, perujuk masyarakat,
Cikgu sekarang, direnyuk masyarakat.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!