Malaysia Dateline

Cikgu Fadli akan terbebas dari tindakan tatatertib KPM kerana apa? Kerana hebatnya PRU15

Mungkin jika kes yang sedang berlaku pada seorang cikgu yang berani berkata benar bersumber dari hati nurani yang murni dilaporkan telah mula tertakluk kepada proses tatatertib oleh Jawatankuasa Tatatertib, berlaku 20 tahun atau 15 tahun yang lalu, jujurnya saya tidak begitu terkejut.

Kerana apa? Kerana pada masa itu saya agak begitu aktif dan agak biasa menasihati malahan mewakili beberapa orang guru dan kakitangan awam yang menghadapi tindakan disiplin dari jawatankuasa disiplin.

Ketika itu, ia di era pra facebook, pra-twitter, pra-instagram atau pra-tik tok dan kes seperti yang berlaku pada Cikgu Fadli boleh dikatakan fenomena biasa pada era itu.

Justeru itu perhatian atau keprihatinan masyarakat kepada isu seperti isu Cikgu Mohd Fadli mungkin tidak se” meriah” di era ini.

Di era ini, boleh dikatakan media sosial @ medsos sedang menakluki kita semua.

Masih segar dalam pemikiran saya pengalaman mewakili para guru atau kakitangan awam yang menghadapi tindakan disiplin seperti yang dihadapi oleh cikgu Mohd Fadli Salleh.

Di era reformasi saya didatangi oleh seorang kakitangan awam/ ustaz yang hendak diambil tindakan disiplin hanya kerana dikatakan membaca doa berunsur ” reformasi” kerana ada perkataan ” penjara” di dalam doa beliau.

Malahan ada kakitangan mahkamah mengadu kepada saya dipindahkan dalam masa 24 jam kerana bersalam dengan SESEORANG di Mahkamah !!!

Bila saya cabar kes-kes seperti kes Cikgu Mohd Fadli di mahkamah melalui semakan kehakiman, ada kes yang saya menang dan ada kes yang saya kalah.

Saat itu, kalah atau menang bukan soalnya. Alhamdulillah clients saya faham akan hal itu. Yang penting bagi depa ada peguam yang sanggup dan bersedia ambil kes atau membela depa.

Saya sendiri teruja dan terharu bila dapat mewakili depa sebab sepanjang berada di alam guaman saya boleh dikatakan hanyalah seorang peguam jalanan ( street lawyer ) yang majoriti anakguamnya adalah rakyat dan insan yang tertindas.

Tetapi saya bahagia mewakili depa. As far as i am concerned, they were my “real” clients.

Sedikit sejarah. Apabila saya selesai membaca buku bertajuk ” A Civil Action” karya Jonathan Harr, 👇 ( difilemkan kisah dalam buku itu ), saya terus memberitahu isteri saya yang saya ingin membuka firma guaman sendiri.

Niat saya untuk menjadi peguam seperti peguam di dalam buku ” A Civil Action”- membela insan yang tertindas – kes-kes dalam kategori David v Goliath, terlalu membuak dan sukar untuk ditahan.

Isteri saya sudah tentu pening dengan keputusan saya. Kerana pada masa itu saya bukan sahaja tidak ada modal kewangan dan tidak ada client, malahan isteri masih sedang belajar dan kami pula baru dikurniakan seorang baby kecil dan saya pula sedang aktif dalam politik parti pembangkang.

Anyway, dalam kes Cikgu Mohd Fadli setakat yang baca dan ikuti fakta kes itu di media, saya berpendapat ia suatu kes yang amat kuat berpihak kepada Cikgu Fadli seandainya kes ini diandaikan berakhir di Mahkamah melalui tindakan semakan kehakiman.

Itu sekadar “hunch”(firasat) saya.

Apapun ada ” blessing in disguise” bagi Cikgu Fadli rasanya.

Kerana apa? Mudah. Ya kerana PRU-15.

Bila PM dan Menteri Pendidikan dalam Kerajaan Sementara kini mula bersuara dalam kes Cikgu Mohd Fadli – melainkan anda seorang yang naif politik- saya rasa berkemungkinan cikgu Mohd Fadli akan terbebas dari belenggu tindakan disiplin adalah secerah mentari pagi. Itulah powernya PRU !

Apa pun,kita mendoakan yang terbaik bagi cikgu Mohd Fadli insyaAllah.

Cikgu, apa pun yang berlaku pada anda, pada saya, anda adalah guru idaman anak-anak Malaysia. Bravo!

Baca juga: Berjuang bela keadilan, kebajikan guru datang dari individu-Mana perginya kesatuan? Sepatutnya mereka di hadapan

Baca juga: Pemuda ini ‘cuba’ jadi mayat, tiba-tiba tanah timbus dia