Malaysia Dateline

Cikgu pun nak tiru cara bantu anak elak tertinggal buku

Seorang guru berkongsikan pengalamannya yang mendapati ramai muridnya mengasingkan buku mengikut subjek dan hari sekali gus mengelak daripada masalah tertinggal buku di rumah.

Cikgu Fadli Salleh juga mengakui akan mencontohi cara tersebut yang dilihat dapat menyelamatkan buku-buku anak daripada basah sekiranya air tertumpah atau ditimpa hujan.

Ikuti perkongsian menarik beliau yang tentunya boleh diikut ibu bapa lain dalam membantu kelancaran pembelajaran anak-anak di sekolah:

Ramai betul saya jumpa murid buat begini. Mak mereka asing buku siap-siap dalam satu fail, tulis subjek, tulis hari apa.

Jadi, senang murid keluarkan dari dalam beg, senang mereka nak susun jadual. Tak perlu tercari-cari lagi buku. Semua lengkap dalam satu fail. Ada buku teks, ada buku aktiviti, ada buku tulis.

Lengkap!

Jarang sangatlah nak jumpa murid yang guna fail begini silap bawa buku atau tertinggal buku. Memang baguslah cara ini.

Fail itu murah ja. Seringgit saja satu. Yang cari buku latih tubi bagus untuk anak-anak Tahun 1 hingga 3, klik sini https://shp.ee/8jta9uz

Boleh tiru cara ini, ya. Kemas, buku tidak berselerak. Kalau botol air pecah atau hujan, buku tak basah dan tak rosak sebab dalam fail plastik.

Murid juga mudah susun jadual dan tiada lagi masalah tertinggal buku.

Tahniah ibubapa yang guna cara ini. Suka saya tengok. Nanti anak-anak saya pun nak buat begini jugalah.