Cina, India diseru sertai tentera

Cina, India diseru sertai tentera

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu lebih ramai kaum bukan Melayu menyertai organisasi pertahanan itu agar dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota dan masyarakat.

Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ATM tidak pernah menutup peluang mana-mana kaum untuk menyertainya.

“Saya menyeru kaum India, Cina, dan lain-lain kaum untuk menceburi bidang ketenteraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Op Perisai Akidah Peringkat ATM dan pelancaran buku Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium Mindef, Wisma Pertahanan, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA)  pada Sabtu bahawa kerajaan “terlalu memilih” dalam merekrut kaum Cina yang mahu menyertai bidang ketenteraan dan kepolisan.

Presidennya, Mejar (B) Tan Pau Son dilaporkan berkata lebih 100 anggota kaum Cina mahu menyertai pasukan itu sejak 2 tahun lepas tetapi ditolak atas alasan “mereka tidak cukup baik”.

 

COMMENTS

Wordpress (0)