Cipta aplikasi untuk mengesan plagiat, pelajar Princeton dikecam ramai

Oleh KIM SYAZIE

Satu aplikasi GPTZero telah dicipta pelajar dari Universiti Princeton untuk mengesan dengan cepat dan cekap sama ada esei atau tugasan yang dilakukan adalah ChatGPT atau tulisan manusia.

Aplikasi ini akan menyebabkan para pelajar terutamanya dari institusi pengajian tinggi untuk berhati-hati dalam melakukan tugasan, tambahan ramai yang mengambil informasi tanpa mengubahnya dalam kerja mereka.

Namun kewajiban ini kadangkala sukar dipikul bagi sesetengah pelajar khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran dalam pembahagiaan masa.

Hal ini menyebabkan ada daripada kalangan mereka yang terbeban dan mengambil jalan pintas dengan menciplak hasil kerja keras orang lain bagi memastikan tugasan mereka siap pada waktu yang telah ditentukan pensyarah.

Walaupun berdepan dengan tindakan tegas sekiranya ditangkap memplagiat, mereka sanggup mengambil risiko. 

Namun, dalam meniti arus kemodenan amalan ini dilihat semakin sukar dengan kehadiran perisian seperti Turnitin.

Tidak hanya tertakluk kepada manusia, perisian ciptaan Edward Tian ini mampu menganalis tulisan kecerdasan buatan (AI) dalam membanteras amalan plagiat.

Berita ini mengundang pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia dimana seorang pengguna bernama Sayeeding menggambarkan Tian sebagai pelajar kegemaran guru.

“Budak seperti ini yang selalu mengingatkan guru tentang kerja sekolah yang perlu dihantar”, katanya.

“Seperti itu sahaja, dia kini adalah musuh awam nombor satu,” kongsi pengguna bernama Amrash.

Antara komen lain warganet dari seluruh dunia mengenai aplikasi tersebut.

Komen warganet mengenai aplikasi tersebut

Pada masa sama, seorang pengguna Twitter berkata walaupun akan ada ramai yang membenci lelaki ini, aplikasi ini akan memberikan keuntungan buatnya.

“Pelajar dari seluruh dunia akan membenci lelaki ini tapi yang penting aplikasi akan memberi keuntungan kepadanya,” komen pengguna Twitter @cyberalhaji.

Baca juga: Durian jadi pilihan pemain badminton China, tak kisah bau busuk asalkan sedap