Cipta gaun pengantin boleh dimakan, siap berjaya masuk Guinness World Records

Oleh KIM SYAZIE

Siapa menyangka gaun yang dipakai sekali seumur hidup itu juga mampu diubah menjadi kek yang boleh dimakan.

Namun untuk memakainya agak sukar kerana berat kek itu sahaja mencecah 131.15 kilogram.

Seorang pembuat kek dari Switerzerland menempa nama dalam Guinness World Records apabila menghasilkan gaun pengantin yang boleh dimakan.

Natasha Coline Kim Fah Lee Fokas menghasilkan kek berbentuk gaun itu dalam satu ekspo pengantin, Swiss Wedding World di Bern.

Sebahagian kek dari kedai SweetyCakes GmbH itu turut dipotong dan diedarkan kepada pengunjung acara berkenaan lapor United Press.

Jangan terkejut jika lepas ini ada pasangan yang memotong kek daripada pakaian mereka sendiri.

Baca juga: Filem Mechamato telan belanja RM30 juta berjaya rangkul anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award