CISB cadang jual kepentingan bernilai RM85.6 juta

CISB cadang jual kepentingan bernilai RM85.6 juta

Complete Logistic Services Bhd (CLSB) sedang bercadang untuk menjual kepentingan 80 peratus dalam Dolphin Shipping Agency Sdn Bhd, Guper Integrated Logistics Sdn Bhd serta Gems Logistics Sdn Bhd kepada SH Cogent Logistics Pte Ltd pada harga tunai sebanyak RM85.6 juta.

CLSB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan penjualan itu akan memberi peluang kepada syarikat untuk merealisasikan sebahagian nilai daripada pelaburan dalam perniagaan penghantaran, pengangkutan dan pergudangan.

Keuntungan daripada penjualan itu akan digunakan untuk pelaburan masa depan, pengagihan dividen serta meningkatkan kecairan dan kedudukan aliran tunai kumpulan, antara lain.

Ianya juga akan menambah aset bersih CLSB daripada RM150.99 juta kepada RM208.26 juta disebabkan oleh keuntungan sebanyak RM57.27 juta yang diraih melalui penjualan berkenaan.

Cadangan daripada penjualan itu yang dijangka akan selesai menjelang suku ketiga tahun kewangan 2020, akan menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan syarikat pada masa hadapan bagi tahun tersebut.– BERNAMA