COME ON DIN

Oleh BORHAN AHMAD

Semalam DUN Johor telah diperkenan dibubarkan. Maka dalam tempoh 60 hari akan berlangsung pilihan raya negeri Johor.
Semasa kempen pilihan raya negeri Melaka, seorang bernama DIN telah berkata, jika dia tekan butang, jatuh Kerajaan Johor. Ugutan dia kerana katanya Umno jahat, Umno rakus, Umno gila dan berbagai lagi label negatif kepada Umno. Sedangkan dia juga yang bagi sokongan dan peluang untuk Umno jadi begitu. Dia pun asalnya Umno.
Bubarnya Dun Johor memberi kesan langsung kepada Din ini kerana selain Ahli Parlimen Pagoh, dia juga Adun bagi kawasan Gambir.
Seorang lagi Din dikhabarkan berkata jika Umno bubar Dun Johor, maka partinya tidak teragak-agak menarik atau membatalkan MoU yang ditandatangani yang dia juga menjadi saksi.
Bubarnya Dun Johor juga memberikan kesan langsung kepada Din ini kerana selain menjadi Ahli Parlimen Pulai, dia juga Adun di Simpang Jeram.
Kedua-dua amaran dan ugutan dua DIN ini nampaknya tak dihiraukan oleh Umno. Kamu siapa mahu ugut kami? Itulah Umno. Mereka seperti anjing terlepas perangkap.
Kepada kedua-dua Din ini, Mahiaddin dan Salahuddin, buktikan kejantanan kamu.
Mahiaddin, tekan saja butang di Persekutuan, ajar sikit Umno yang kurang ajar itu. Jangan biar kamu bersendiri lagi.
Salahuddin, tarik dan batalkan saja MoU itu. Ajar sikit Umno yang sial ini. Jangan biar dimomok lagi.
Bak kata Sifu M. Nasir dalam lagu Anak-Anak kita…
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi