Comel pun awak tetap kena goreng, reaksi wanita ini buat warganet terhibur

Oleh ARIF ATAN

Seorang wanita, Yusmawati Yusup berkongsikan potongan peria yang ‘ceria’ kerana menyerupai wajah yang comel.

“Tengah-tengah potong peria, perasan ada yang memandang kita. Comel pulak dia,”😍 katanya menerusi muat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Rata-rata warganet terutama golongan Hawa kemudiannya sependapat bahawa potongan sayur yang pahit tetapi berkhasiat itu memang comel seolah-olah bagai ibu dan anak.

“Comel dua beranak, mak dan anak,” kata Nur Aqilah manakala Redroza AaRzie pula menulis, “Comelnya mak singa dengan anak singa😁🤗.”

Dalam masa sama, ada pula yang tidak tergamak hendak memotong peria itu ketika terdapat juga yang berkata, comel pun tetap kena masak.

Iman Wardah berkata, “Nanti tak sampai hati pula nak potong. Simpan semula” tetapi bagi Nurliyana Abd Malik pula, ujarnya, “Comel-comel pun awak tetap kena goreng 🤣.”

Mujur juga potongan peria itu seolah-olah tersenyum, dibuatnya masam mencuka, lain pula jadinya.

“Nasib baik ada senyum.. auto cute. Kalau masam mencuka terus terasa seram,” kata Sylvia Naim.

Bagi kaum Adam pula menganggap hasil potongan sayur mungkin mampu menghiburkan wanita di dapur.

“Mungkin itu boleh menjadi hiburan mereka di dapur.🤭,” kata Hafiz Mustapha.

Baca juga Apa kaitan status janda gemuk dengan kartun Melayu, leteran selebriti ibu tunggal ini tarik perhatian netizen

Baca juga Tak tahan didera keluarga angkat, remaja nekad larikan diri ke balai polis