Contohi amalan kebersihan tandas di Thailand

Contohi amalan kebersihan tandas di Thailand

Malaysia harus mencontohi negara-negara membangun seperti jiran dekatnya, Thailand dalam mempromosikan amalan kebersihan yang selamat di tandas awam, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata Malaysia memerlukan revolusi baharu dalam menjaga tandas agar bersih sepanjang masa dan tidak membiarkannya kotor.

“Untuk menggunakan negara maju sebagai penanda aras mungkin terlalu tinggi, kita harus mencontohi beberapa negara membangun seperti jiran kita Thailand yang terkenal dengan tandas mereka yang bersih mereka termasuk di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu tandas awam kotor yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut laporan media semalam, Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau malu dengan keadaan tandas awam di negara ini yang kotor yang mencerminkan tannggungjawab kotor tandas awam di negara ini yang ditambahnya mencerminkan tanggungjawab sivik rakyat Malaysia yang rendah.

Lee mencadangkan reka bentuk tandas juga perlu diperbaiki kerana rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang mempunyai cara yang berbeza untuk menggunakan kemudahan itu, seperti tempat membuang air kecil.

Sudah tiba masanya untuk orang ramai dididik tentang cara menggunakan tandas dengan cara yang betul. Terdapat juga keperluan untuk menanamkan budaya kebersihan terhadap tandas awam supaya tandas menjadi mesra pengguna,” katanya.

–BERNAMA