Malaysia Dateline

Cool YB!

Bila ada YB Menteri Tebuk Atap yang saya rela bersangka baik untuk katakan yang dia tersilap kerana tertukar istilah “spanish flu” kepada “spanish fly”, kita dapat lihat para netizen tidak langsung “merciful” kat dia.

Jumlah kritikan ke atas YB Menteri Tebuk Atap mungkin boleh memenuhi mana-mana bangunan mega.

Secara peribadi, saya tidaklah bersetuju beliau dihentam sebegitu rupa oleh para netizen.

Namun, saya lebih lebih lagi amat tidak bersetuju sekiranya ada mana-mana pengkritik YB Menteri tebuk atap itu perlu hingga disiasat oleh mana-mana pihak, apatah lagi jika didakwa.

Bagi saya, kita seharusnya melihat isu ini tidak lebih dari sekadar sebuah komedi politik semata-mata. Tak perlulah berterusan gomen tebuk atap menekan rakyat.

Untuk YB Menteri Tebuk Atap itu, jika saya boleh berkongsi nasihat, mungkin dia boleh ikut nasihat seorang designer terkenal Amerika iaitu Maya Lin yang menyatakan: “To fly we have to have resistance.”