Cop biskut ‘legend’ biskut sembahyang orang Cina? Individu tampil tepis dakwaan karut

Oleh MALAYSIADATELINE

Siapa sahaja tidak pernah makan biskut iced gem di zaman kanak-kanak dahulu, sekali makan mesti tak boleh berhenti.

Tular kembali dakwaan di media sosial bahawa biskut ini adalah tidak halal dan digunakan semasa upaca sembahyang orang Cina.

Jelas dalam hantaran tersebut menyatakan bahawa makanan ini mempunyai lelemak haiwan yang tidak halal.

Tidak mahu orang was wasa, penguna Facebook Annur Nida tampil menjelaskan isu disebalik hantaran tersebut.

“Telah tular posting mengenai biskut iced gem ni. Katanya biskut untuk upacara sembahan masyarakat Cina dan tak halal.

“Maaf saya nak cakap, orang kita ni selalunya tidak berhati-hati dalam berkongsi sesuatu hantaran.

“Jadilah manusia yang menggunakan akal fikiran, boleh menimbang, menapis dan menyelidik apa juga info yang dibaca di media sosial sekarang ni,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Tambahnya yang pernah menjual biskut tersebut, dia pernah membuat kajian mengenai syarikat yang mengeluarkan biskut itu.

“Masa PKP dulu saya mulai menjual biskut iced gem dan bermacam-macam lagi biskut dari negara Thailand.

“Atas dasar tanggungjawab sesama Islam maka saya buat research mengenai company Thailand yang mengeluarkan biskut ini. Alhamdullilah Variety Foods mempunyai Halal Certificate. Masa saya tanya tu tahun 2020.

“Kalau semak di website syarikat tersebut pun ada dimaklumkan mengenai HALAL.
Wallahuam. Semoga Allah terus menjaga kita,” jelasnya.

Malah pada tahun 2017, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jugs mengesahkan ia adalah halal.

Dalam kenyataan tersebut JAKIM mengesahkan biskut terbabit juga tidak mengandungi lemak haiwan yang tidak halal atau bahan terlarang yang bercanggah dengan syariat Islam.

Baca juga: Polis pengiring tumbuk pemandu OKU akhirnya didakwa, didenda RM1,000 lepas mengaku bersalah