Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Coronavirus: Tiada halangan adakan perhimpunan berskala besar di Malaysia

Coronavirus: Tiada halangan adakan perhimpunan berskala besar di Malaysia

Oleh AKMAL MANAF Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHJanuary 29, 2020 5:49 pm




Kerajaan memaklumkan, buat masa ini tiada halangan bagi mengadakan sebarang perhimpunan atau persidangan berskala besar yang melibatkan peserta antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang sekatan perjalanan.

“Tiada halangan untuk mengadakan himpunan besar,” katanya pada sidang selepas melawat Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Timbalannya, Dr Lee Boon Chye dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkembangan sama, ditanya sama ada arahan akan dikeluarkan untuk sambutan perayaan Thaipusam pada 8 Februari depan, Wan Azizah berkata, pihaknya akan meneliti perkembangan dari semasa ke semasa.

“Sekiranya WHO kata tidak boleh adakan banyak persidangan atau perhimpunan, kita akan keluarkan kenyataan dan arahan,” katanya menjawab soalan pemberita.

Di samping itu, Wan Azizah turut memaklumkan aktiviti-aktiviti di sekolah juga tidak dibataskan dan pihaknya yakin wabak tersebut dapat dikawal dengan sokongan padu semua pihak.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production