Country Gardens, Forest City dan pelaburan China di Malaysia

Country Gardens merupakan salah sebuah syarikat pembinaan hartanah yang terbesar di China.

Namun sejak Mac 2017, President Xi Jinping telah mula menyekat rakyat China daripada melabur keluar negara.

Keputusan ini terpaksa dibuat supaya matawang China tidak akan tersalur keluar, lebih-lebih lagi pembelian hartanah di seluruh dunia bakal digunakan sebagai salah satu cara untuk menyeludup wang haram ke luar negeri.

Sebenarnya Country Gardens merupakan sebuah syarikat hartanah yang utuh dan kuat dari segi kewangan. Sahamnya boleh dibeli di Hong Kong walaupun ibu pejabatnya berada di Shenzen, China.

Namun kerajaan pusat China amat peka kepada penyaluran matawang yang tidak boleh terkawal.

Walaupun China masih ada pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5 peratus KDNK tahun ini, tetapi kadar pertumbuhan ini jauh lebih rendah seperti apa yang pernah berlaku lima atau sepuluh tahun yang dulu.

Setiap unit apartment di Forrest City, Johor Bahru yang dibangunkan Country Gardens, yang bakal dibina sehingga tahun 2050, mempunyai harga purata penjualan sebanyak USD170,000 dollars se-unit. Genap pada tahun 2050, lebih kurang 700,0000 keluarga China diujangka akan bermastautin di Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohammad memang tidak berniat untuk menyekat pelaburan luar ke dalam Malaysia.

Tetapi terdapat ura ura di China bahawa Country Gardens telah mengubahkan corak pemasaran mereka.

Sesiapa sahaja yang membeli seunit rumah di China, bakal di berikan se unit lagi rumah baru di tapak pembinaan Country Gardens iaitu Forest City di Johor.

Ini merupakan satu “gimmick” untuk menarik lebih banyak orang China untuk membeli rumah pembinaan Country Gardens di China serta di Johor.

Dari sudut pandang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, skim ini, sekiranya benar boleh menjejaskan polisi serta demografi Malaysia.

Para pembeli yang berharta akan menggunakan cara ini untuk mendapatkan visa jangka panjang untuk bermastautin di Malayia.

Sekiranya berlarutan, keadaan ini mungkin membawa kesan yang ketara terhadap keseimbangan populasi Malaysia.

Implikasi ekonomi terhadap Malaysia tidak semestinya hebat kerana projek Country Gardens ini berjangka panjang.

Banyak projek dan fasa pembinaan masih belum bermula walaupun fasa yang telah dimulakan secara puratanya mempunyai pelanggan China sebanyak 70 peratus di samping segelintir orang Korea Selatan.

Walaupun keseluruhan project Country Gardens bernilai sebanyak RM400 bilion, angka ini merupakan “projection” sehingga tahun 2050.

Setakat ini, Country Gardens belum melabur sebanyak jumlah ini kerana projek ini masih mempunyai banyak fasa.

Namun, terdapat 50 pelanggan China, Malaysia dan Singapura telah mula mengadu tentang kualiti perumahan Country Gardens. Sekiranya, masalah ini tidak ditangani secara menyeluruh, reputasi Country Gardens akan kian terjejas.

COMMENTS

Wordpress (0)