Malaysia Dateline

COVID-19: 10 kes baharu, 2 dirawat di ICU

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes.

Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Daripada enam kes penularan di dalam negara, empat kes adalah dalam kalangan warganegara dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sebanyak dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada kes yang
memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah
kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.