Malaysia Dateline

Covid-19: 11 kluster tempat kerja, 8 daripadanya di Selangor, Johor

Terdapat 13 kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan 11 kluster tempat kerja, satu kluster komuniti dan satu kluster bagi kumpulan berisiko tinggi.

Lapan daripada 11 kluster tempat kerja itu dikesan di Selangor dan Johor masing-masing empat kluster.

Kluster yang mencatatkan kes baharu tertinggi ialah kluster Jalan Cyber Lima melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru.

Sehingga hari ini, sejumlah 150 individu telah disaring dengan 101 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster tersebut.

Berikut perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini:

1. KLUSTER JALAN SUNGAI RASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Sungai Rasa Lama, Kawasan Perindustrian Sungai Rasa, Klang. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Teknologi dan Taman Sains Selangor, Petaling. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 350 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PERSIARAN HULU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat pembinaan di Persiaran Hulu Selangor, Shah Alam. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MOKHTAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Kuala Selangor. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 85 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN CYBER LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kulai. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 101 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN HARMONIUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli belah di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SRI MENANTI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Tiga (3) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-233861, kes ke-233873, dan kes ke-233877) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Taman Sri Menanti, Kluang. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER LAMAN DESARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193101) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi di mana kes-kes dilaporkan iaitu di Laman Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 228 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER LENGKOK PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Kepong, Lembah Pantai, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bertugas di Lengkok Pantai Baharu, Jalan Pantai Baharu, Lembah Pantai. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 122 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER BATU 38

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-229123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Batu 38, Jalan Kalabakan-Keningau, Kalabakan. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER SEBANGKOI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-214538) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti dimana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sebangkoi, Undop, Sri Aman. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 447 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER TAMAN BUKIT PETALING

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230336) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu sebuah pusat perubatan yang terletak di Taman Bukit Petaling, Kuala Klawang. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER KAMPUNG TANDAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut dan Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226873) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tandak, Jerteh, Besut. Sehingga 8 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.