Malaysia Dateline

COVID-19: 1,114 kes baharu, 103 pesakit dalam ICU

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 1,114 kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 46,209 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 12,131 kes.

Katanya, daripada 1,114 kes baharu pada hari ini, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Dua kes import tersebut melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara yang tiba dari negara
Indonesia (1 kes di Selangor); dan Jordan (1 kes di Sarawak),” katanya.

Bagaimanapun katany, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 306 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 803 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 33,772 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 391 kes (35.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

Negeri Sembilan pula melaporkan sebanyak 371 kes (33.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian, yang sebahagian besarnya adalah daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 363 kes (97.8 peratus).