Malaysia Dateline

COVID-19: 130 kes baharu, jumlah meningkat kepada 1,030 kes positif

Terdapat 130 kes baharu positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Dalam kenyataannya beliau berkata, sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.