Malaysia Dateline

Covid-19: 159 kes baharu dan 1 kematian dicatatkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa sebanyak 159 kes positif baharu telah dilaporkan dan ia menjadikan kes keseluruhan positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 2,320 kes setakat ini.

KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 61 kes berkaitan Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan jumlah kes yang telah pulih dan sembuh adalah sebanyak 320 kes.

“73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 1 kes kematian baru dilaporkan pada hari ini. Jumlah kes kematian di Malaysia kini adalah seramai 27 kes,” menurut kenyataan yang disiarkan melalui Facebook itu.