Malaysia Dateline

Covid-19: 17,352 kes baharu, Sarawak pintas Selangor

Jangkitan baharu Covid-19 hari ini turun kepada 17,352 kes berbanding 20,396 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan kes positif pandemik tersebut di negara ini meningkat kepada 1,862,187 kes.

Sarawak hari ini mengambil alih kedudukan Selangor apabila muncul menjadi negeri tertinggi jangkitan harian dengan 3,714 kes.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Sarawak – 3,714 (134,612)
Selangor – 2,126 (625,179)
Johor – 2,101 (151,459)
Sabah – 1,844 (161,265)
Kedah – 1,599 (109,067)
Pulau Pinang – 1,558 (96,656)
Kelantan – 1,213 (85,358)
Perak – 1,082 (74,960)
Terengganu – 700 (37,683)
Pahang – 463 (47,365)
WPKL – 398 (176,989)
Melaka – 295 (50,765)
Negeri Sembilan – 193 (93,042)
Perlis – 38 (2,372)
WP Putrajaya – 23 (5,576)
WP Labuan – 5 (9,839)