Malaysia Dateline

Covid-19: 18,815 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan kepada 18,815 hari ini berbanding 19,495 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan pandemik itu bertambah kepada 2,049,750 kes.

Beliau berkata, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 3,660 kes, disusuli Selangor 2,718 kes baharu; Johor (2,206); Sabah (1,982); Pulau Pinang (1,777); Perak (1,446); Kedah (1,233) dan Kelantan 1,222 kes baharu.

Terengganu pula mencatatkan 814 kes; Pahang (712); Kuala Lumpur (493); Melaka (269) dan Negeri Sembilan (170).

Hanya tiga negeri serta wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (80); Putrajaya (22) manakala Labuan dengan 11 kes.