Malaysia Dateline

Covid-19: 19 kematian baru dilaporkan semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baru setakat semalam.

Jumlah kematian akibat Covid-19 kini sebanyak 31,781 kes.

Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan, enam kes meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital atau ‘brought in dead’ (BID).

Kes BID kini merekodkan 6,415 kematian.

Sejumlah 17 daripada 19 kematian yang dilaporkan (89.5 peratus) berlaku dalam tempoh seminggu lalu.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu dan hanya dilaporkan semalam ekoran penangguhan dalam pelaporan data.

Palam masa sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 55.4 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.6 peratus.