Malaysia Dateline

Covid-19: 19,268 kes baharu, lapan negeri empat angka

Terdapat 19,268 kes positif baharu Covid-19, hari ini direkodkan menjadikan keseluruhan kes kini berjumlah 1,725,357 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi dengan 3,567 kes dengan pola penurunan.

Tujuh lagi negeri dengan jangkitan baharu empat angka iaitu Sabah sebanyak 2,310 kes; Johor (2,265); Kedah (2,084); Sarawak (2,028); Pulau Pinang (1,780); Kelantan (1,308) dan Perak dengan 1,144 kes.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 3,567 (599,624)
Sabah – 2,310 (145,249)
Johor – 2,265 (136,488)
Kedah – 2,084 (97,100)
Sarawak – 2,028 (114,273)
Pulau Pinang – 1,780 (84,759)
Kelantan – 1,308 (76,047)
Perak – 1,144 (66,889)
Pahang – 788 (43,335)
Kuala Lumpur – 672 (172,236)
Terengganu – 544 (32,884)
Melaka – 395 (48,141)
Negeri Sembilan – 269 (91,261)
Perlis – 71 (1,890)
Putrajaya – 41 (5,373)
Labuan – 2 (9,808)