Malaysia Dateline

Covid-19: 19,631 kes baharu, penurunan lima hari berturut-turut

Kes baharu harian Covid-19 merekodkan penurunan untuk lima hari berturut-turut apabila sebanyak 19,631 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam, berbanding 21,468 kes pada 13 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 1,444,270 kes.

Lapan negeri dan wilayah mencatatkan jangkitan baharu empat angka dengan
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,753 kes.

Dalam masa sama, Sabah mencatatkan lonjakan kes baharu melepasi 2,000 dengan 2,103 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 di negeri itu mencecah 108,933 kes.

Enam negeri pula merekodkan angka kes baharu melebihi 1,100 hingga 1,800 iaitu Kedah, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.

Tiada kes jangkitan baharu Covid-19 di Labuan setakat tengah hari tadi, sekaligus kekal dengan jumlah keseluruhan 9,745 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor -5,753 (524,113)
Sabah – 2,103 (108,933)
Kedah – 1,863 (72,087)
Kuala Lumpur – 1,765 (157,624)
Johor – 1,309 (113,664)
Pulau Pinang – 1,275 (62,837)
Kelantan – 1,268 (59,611)
Perak – 1,101 (52,621)
Sarawak – 835 (89,407)
Pahang – 670 (35,090)
Melaka – 623 (41,270)
Terengganu – 498 (25,502)
Negeri Sembilan – 490 (85,702)
Putrajaya – 41 (4,965)
Perlis – 37 (1,099)
Labuan – 0 (9,745)