Malaysia Dateline

Covid-19: 19,740 kes baharu, penurunan empat hari berturut-turut

Kes baharu harian Covid-19 merekodkan penurunan untuk empat hari berturut-turut apabila sebanyak 19,740 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam, berbanding 20,546 semalam.

Rekod dengan angka 19,000 hari ini muncul selepas kali terakhir dicatatkan dengan 19,991 kes pada 10 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 1,424,639 kes.

Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan jangkitan baharu empat angka dengan
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,706 kes.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor -5,706 (518,360)
Sabah – 1,728 (106,830)
Kedah – 1,592 (70,224)
Sarawak – 1,566 (88,572)
Johor – 1,510 (112,355)
Kuala Lumpur -1,360 (155,859)
Pulau Pinang – 1,251 (61,562)
Kelantan – 1,227 (58,343)
Melaka – 1,120 (40,647)
Perak – 938 (51,520)
Terengganu – 688 (25,004)
Pahang – 646 (34,420)
Negeri Sembilan – 343 (85,212)
WP Putrajaya – 43 (4,924)
Perlis – 20 (1,062)
Labuan – 2 (9,745)