Malaysia Dateline

Covid-19: 20,579 kes baru, lapan negeri catat empat angka

Lapan negeri mencatatkan bilangan kes Covid-19 empat angka dengan pertambahan sebanyak 20,579 kes baharu hari ini.

Pertambahan kes berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1,706,089 kes.

Selangor kekal menjadi penyumbang utama kes harian tertinggi walaupun mencatatkan pola penurunan dengan 4,591 kes hari ini.

Tujuh negeri lagi dengan empat angka menunjukkan situasi yang membimbangkan ketika kadar vaksinasi masih jauh daripada mencapai imuniti kelompok.

Sebanyak 2,578 kes di kesan di Sabah diikuti Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 4,591 (596,057)
Sabah – 2,578 (142,939)
Sarawak – 2,522 (112,245)
Johor – 1,852 (134,223)
Kedah – 1,755 (95,016)
Pulau Pinang – 1,378 (82,979)
Kelantan – 1,316 (74,739)
Perak – 1,208 (65,745)
Pahang – 839 (42,547)
Terengganu – 789 (32,340)
Kuala Lumpur – 680 (171,564)
Melaka – 636 (47,746)
Negeri Sembilan – 329 (90,992)
Perlis – 56 (1,819)
Putrajaya – 48 (5,332)
Labuan – 2 (9,806)