Malaysia Dateline

Covid-19: 22,948 kes baharu, dua hari berturut-turut kes harian tertinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan angka kes positif Covid-19 tertinggi baharu dua hari berturut-turut.

Sebanyak 22,948 kes baharu dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi manakala 22,242 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 1,489,460 kes.

Tiga negeri mencatatkan kes baharu melepasi 2,000 iaitu Selangor, Sabah dan Kedah manakala enam negeri dan wilayah lagi melebihi 1,000 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 7,175 (538,146)
Sabah – 2,583 (113,929)
Kedah – 2,137 (76,076)
Pulau Pinang – 1,655 (66,359)
Johor – 1,526 (116,667)
Kuala Lumpur – 1,439 (160,650)
Kelantan – 1,271 (62,233)
Perak – 1,229 (54,886)
Sarawak – 1,206 (92,016)
Melaka – 737 (42,586)
Pahang – 736 (36,501)
Terengganu – 621 (26,610)
Negeri Sembilan – 556 (86,835)
Perlis – 42 (1,191)
Putrajaya – 26 (5,016)
Labuan – 9 (9,759)