Malaysia Dateline

COVID-19: 23 kes penularan dalam negara, 3 kes import

Terdapat 26 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,175 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 219 kes, mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 26 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.

Tiga kes import tersebut adalah dari negara, Austria, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Daripada 23 kes penularan di dalam negara, yang melibatkan 20 warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

Di Kedah sahaja terdapat tiga kes dari kluster baharu iaitu Kluster Sala, 10 kes dari Kluster Tawar, dan satu kes Kluster Muda.

Manakala selebihnya di Kuala Lumpur dua kes, Pulau Pinang dua kes, Johor satu kes, dan Perlis satu kes

Sehingga kini, terdapat enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana satu kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes.