Malaysia Dateline

Covid-19: 23 korban, empat meninggal sebelum dapat rawatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 23 kematian semalam akibat Covid-19.

Angka itu menjadikan keseluruhan kes kematian dalam negara disebabkan Covid-19 sebanyak 31,678.

Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan itu, empat kes meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital (BID).

Kes BID kini mencecah 6,390 orang.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi seramai lapan kes, diikuti Kedah (4), Kelantan (3), Perak (2), dan satu kes di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.

Tiada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.