Malaysia Dateline

Covid-19: 2,342 kes baharu

Sebanyak 2,342 kes Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sekarang mencecah 2,810,689 kes.

Sementar itu, seramai 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini, sudah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Mengikut laman COVIDNOW, sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan, semalam.

Selain itu, seramai 22,903,466 individu dewasa (97.8 peratus) sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,183,820 (99 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin Covid-19.