Malaysia Dateline

COVID-19: 236 kes pulih, paling banyak setakat hari ini

Terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan, ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,793 kes.

Seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),  daripada jumlah tersebut, 54 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes kematian.

Sebanyak 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,241 kes.