Malaysia Dateline

Covid-19: 2,712 kes baharu, kematian harian tertinggi hari ini

Terdapat 25 kes kematian baharu hari ini sekali gus rekod kematian akibat Covid-19 tertinggi pernah dilaporkan.

Kematian tertinggi dilaporkan sebelum ini adalah 24 kes pada 8 Februari lalu.

Angka kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,030 kes iaitu 0.38 peratus.

Dalam masa sama, sebanyak 2,712 kes baharu Covid-19 dilapor dengan 2,708 melibatkan penularan tempatan manakala baki empat adalah kes import.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 mencecah 274,875 kes dengan 38,763 daripadanya merupakan kes aktif.

Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes diikuti Johor (426 kes) dan Sarawak 200 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 227 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 103 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat 5,320 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dengan jumlah kes pulih kini sebanyak 235,082 kes iaitu 85.52 peratus.