Malaysia Dateline

COVID-19: 3,085 kes sembuh mengatasi kes baru 2,253

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 2,253 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes baharu setakat ini adalah 295,951 kes.

Kes baharu positif hari ini melibatkan 2,246 penularan tempatan manakala 7 kes adalah import.

Seramai 11 orang pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia menjadikan keseluruhan kes kematian dalam negara adalah 1,111 orang.

201 pesakit ditempatkan dalam ICU di mana 93 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,085 orang telah sembuh pada hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 266,846 kes.

Berdasarkan laporan KKM, negeri Perak mencatat kes kedua tertinggi harian selepas Selangor (633) iaitu sebanyak 545 kes.