Malaysia Dateline

Covid-19: 3,160 kes baharu

Terdapat 3,160 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan wabak itu kini mencecah 2,738,401 individu.

Sementara itu, hingga kini seramai 22,834,352 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Mengikut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman Covidnow, sebanyak 23,134,179 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.