Malaysia Dateline

Covid-19: 37 kes baharu dan satu kematian direkodkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sehingga tengah hari hari ini, jumlah kes baharu Covid-19 yang direkodkan adalah sebanyak 37 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah sebanyak 8,303.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 37 kes baharu positif tersebut, terdapat 29 kes melibatkan penularan tempatan iaitu 19 adalah Bukan Warganegara manakala baki 10 adalah Warganegara, sementara kes import adalah sebanyak 10 kes.

Kata beliau, 10 kes warganegara ini pula melibatkan Selangor (8 kes), Sarawak (1) dan Negeri Sembilan (1).

Kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 25 kes, menjadikan kes sembuh keseluruhan setakat ini sebanyak 6,635 dan kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 5 kes dan tiada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

KKM juga memaklumkan bahawa kes kematian yang dicatatkan adalah sebanyak satu kes, menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 117.