Malaysia Dateline

Covid-19: 3,731 kes baharu, 51,241 kes aktif dikesan

Sebanyak 3,731 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 di Malaysia ialah 242,452 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 3,723 daripada kes harian hari ini membabitkan jangkitan tempatan manakala lapan lagi adalah kes import.

Dengan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan pada masa ini meningkat kepada 51,241 kes.

Dalam masa sama, terdapat 15 lagi kes kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 872 kes.

Hingga 12 tengah hari tadi, seramai 292 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 140 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 3,369 kes sembuh sepenuhnya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 190,339 kes atau 78.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.