Malaysia Dateline

Covid-19: 3,900 kes baharu, 4,552 kes sembuh

Kes sembuh hari ini mengatasi kes baharu Covid-19 dengan 4,552 individu pulih daripada wabak itu menjadikan kes kumulatif mencecah 2,615,162 iaitu 96.7 peratus.

Sebanyak 3,900 kes baharu positif Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini dengan jumlah keseluruhan 2,703,140 kes.

Daripada 3,900 kes harian yang dilaporkan, hanya 86 kes iaitu 2.2 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 3,814 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Dalam masa sama, terdapat 384 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 213 kes memerlukan bantuan pernafasan.