Malaysia Dateline

Covid-19: 4,239 kes baharu

Sebanyak 4,239 kes baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kini berjumlah 2,623,816 kes.

Dalam masa sama, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lalu telah menurun sebanyak 4.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baharu mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.