Malaysia Dateline

Covid-19: 43 kes baharu dan 1 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan, Malaysia merekodkan 43 kes baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 8,445 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu itu, lima daripadanya kes import, dan 38 melibatkan jangkitan tempatan.

23 daripada jangkitan tempatan tersebut adalah bukan warganegara Malaysia, manakala selebihnya adalah warganegara.

Dalam sidang medianya hari ini, Dr Noor Hisham juga memaklumkan, 143 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Empat kes masih dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) tetapi tiada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Hari ini terdapat satu kematian dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 120.

Beliau merupakan kes ke-8403, seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 96 tahun.