
Covid-19: 4,525 kes sembuh tertinggi, 2,464 kes baharu terendah
Kes sembuh Covid-19 sebanyak 4,525 hari ini adalah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan.
Dalam masa sama, terdapat 2,464 kes baharu Covid-19 dilaporkan sekali gus rekod terendah sejak 11 Januari lalu.
Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 di negara ini mencecah 264,269 kes.
Sementara itu, kes aktif berkurang empat hari berturut-turut kepada 2,068 kes hari ini.
Setakat tengah hari tadi, 260 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 111 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.