Malaysia Dateline

COVID-19: 5 kes baharu melibatkan warganegara Malaysia

Terdapat lima kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,648 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 81 kes.

Katanya, daripada lima kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia.

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Tiada kes dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya.

Kini, katanya, terdapat dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah
kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes,” katanya.