Malaysia Dateline

Covid-19: 6 kematian, 869 kes baharu hari ini

Sebanyak 869 kes positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 42,050 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, 868 adalah kes tempatan manakala satu lagi merupakan kes import.

Beliau juga memaklumkan, Sabah mencatat peningkatan kes sebanyak 397 berbanding semalam sebanyak 370 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan enam kes kematian pada hari ini menjadikan kumulatif kes sebanyak 300 kematian.

Kes pulih baharu pula mencatatkan seramai 725 pesakit dibenarkan keluar dari wad, sekaligus menjadikan keseluruhan kes discaj sebanyak 30,304.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak Covid-19 pula dilaporkan sebanyak 11,446 kes.

Manakala terdapat 82 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.