Malaysia Dateline

Covid-19: 6 kematian dan 140 kes baharu dicatatkan hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah kes baharu positif Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 140 orang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 2,766 orang.

Wilayah Persekutuan mencatatkan kes terbanyak iaitu sebanyak 34 kes, dikuti Selangor, 32, Sarawak 21 dan Johor 16.

Manakala kes yang telah sembuh dan dibenarkan pulang sebanyak 58 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah 537.

Sementar itu, pesakit yang dirawat di Unit Kawalan Rapi ( ICU) adalah sebanyak 94 orang dan 60 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan kes kematian pada hari ini adalah sebanyak 6.

“Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini 43 orang atau 1.55% daripada keseluruhan kes,” menurut kenyataan KKM petang ini melalui Facebook.