Malaysia Dateline

COVID-19: 6 kes baharu, kematian kekal 121 kes

Sebanyak enam kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,606 kes.

Daripada enam kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu melibatkan empat warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya berkata, hanya satu kes sahaja penularan di dalam negara adalah warganegara Malaysia, iaitu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur.

Sebanyak dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun, tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.