Malaysia Dateline

Covid-19: 6,509 kes baharu, 31.5 peratus dikesan di Selangor

Sebanyak 31.5 peratus iaitu 2,049 daripada 6,509 kes positif Covid-19 hari ini dikesan di Selangor.

Peningkatan melebihi 6,000 kes dalam tempoh 24 jam itu menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 518,600 kes.

Sementara itu, Sarawak mengekori di tangga kedua dengan 530 kes diikuti Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 468 kes.

Kelantan pula merekodkan 451 kes baharu manakala empat negeri mencatatkan angka lebih 300 kes iaitu Pulau Pinang (384 kes), Kedah (348), Melaka (329) dan Negeri Sembilan 329 kes.

Tiga negeri lagi mengalami pertambahan lebih 200 kes positif Covid-19 hari ini iaitu Terengganu dengan 263 kes disusuli Pahang (257) dan Perak 231 kes.

Setakat jam 12 tengah hari tadi juga, dua negeri dan wilayah di Borneo mencatatkan lebih 100 kes baharu wabak berbahaya tersebut iaitu Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan masing-masing 184 dan 171 kes.

Hanya dua negeri dan wilayah merekodkan kurang 100 kes hari ini iaitu Putrajaya 40 kes dan Perlis hanya tujuh kes.