Malaysia Dateline

Covid-19: 66 peratus jangkitan dari kluster, kontak rapat

Sebanyak 66 peratus 18,688 kes jangkitan Covid-19 hari ini dikesan daripada kluster-kluster sedia ada dan saringan kontak rapat kes positif pandemik itu.

Semakan Malaysia Dateline juga mendapati hanya 10 peratus iaitu 1,933 kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Berdasarkan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan hari ini juga 55 peratus iaitu 10,339 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Sementara itu, 34 peratus iaitu 6,406 kes daripada lain-lain saringan Covid-19 manakala hanya 10 kes import dari luar negara.