Malaysia Dateline

COVID-19: 78 kes baharu, 63 pulih dan discaj hari ini

Terdapat 78 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini sehingga jam 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,137 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes daripada 78 kes baru yang dilaporkan,
25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada 53 kes penularan tempatan, 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 25 kes telah dikesan di
Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

Hari ini sebanyak 63 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,859 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 115 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Terdapat kes kematian ke-115 (kes ke-3616) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2020 jam 2.58 petang.