Malaysia Dateline

COVID-19: 8 kes import daripada 13 kes baharu hari ini

Terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,956 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 220 kes namun mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, lapan kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Lapan kes import tersebut adalah dari negara United Kingdom (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); India (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Gambia (1 kes di Selangor); dan Ukraine (1 kes di Selangor)

Daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, hanya dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada hari ini tiada pertambahan kes kematian justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).