Malaysia Dateline

COVID-19: 801 kes baharu, 8 kematian

Sebanyak 801 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara sebanyak 29, 441 kes dengan jumlah kebolehjangkitan iaitu 10,123 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan jumlah positif yang direkodkan, sebanyak 799 kes membabitkan penularan tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.

Noor Hisham berkata, Sabah juga menunjukkan semula peningkatan kes positif Covid-19 dengan merekodkan sebanyak 546 kes berbanding semalam dengan jumlah sebanyak 410 kes.

Pada masa sama, Malaysia mencatatkan 573 kes sembuh dengan jumlah kumulatif dibenarkan discaj meningkat sebanyak 19,072 kes atau 64.8 peratus.

Beliau juga memaklumkan terdapat lapan kematian baharu sekali gus menyaksikan sebanyak 246 kes kematian dilaporkan.

Sementara itu, seramai 94 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Perincian Jumlah kes di setiap negeri: Sabah (546), Kedah (28), Selangor (88), Wilayah Persekutuan Labuan (29), Pulau Pinang (19), Perak (6), Sarawak (27)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13), Negeri Sembilan (24), Johor (8), Terengganu (11).