Malaysia Dateline

COVID-19: 958 kes baharu, 110 dalam ICU, 43 perlu bantuan pernafasan

Terdapat sebanyak 958 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes.

Manakal jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,221 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 953 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Katanya, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah iaitu sebanyak 512 kes (53.4 peratus), diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan sebanyak 153 kes (16.0 peratus).

“Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes),” katanya.

Tambah beliau, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-
19 di Malaysia adalah sebanyak 329 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.